Friday 17 February 2012

Customer Feedback

Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia..

Bagaimana dengan hari minggu anda? Keluar jalan2 bersama family atau lebih senang duduk berehat kemas rumah.  Meluangkan masa berkualiti bersama family adalah perkara terbaik dalam kehidupan.

Bagi kebanyakan warga Melaka, musim cuti sekolah dan hari minggu mungkin masa yang kurang tepat untuk pergi berjalan di bandar. Maklumlah, ia menjadi tempat tumpuan pelancong luar menikmati sejarah dan especially makanan di negeri Hang Tuah ini.

Namun jika anda berkesempatan, bolehlah singgah ke Restoran kami jika di MITC. Mungkin tidak begitu "jem" berbanding ke arah Bandar Hilir.

Kami mengharapkan maklumbalas atau feedback daripada anda mengenai kami dari faktor konsep, makanan, layanan, kebersihan, atau apa-apa yang berkaitan dengan Redtoran Red Hot Station BBQ & Steamboat. Tuam/puan boleh komen seperti ini:

"kedai perlu hiasan supaya lebih ceria" atau

"pelayan kedai perlu lebih mesra"

Tuan/puan boleh menyalurkan cadangan penambahbaikan melalui laman Facebook kami (carian: Redhot Station) atau komen di blog ini. Feedback anda amat kami alu-alukan untuk keberkesanan penyampaian perkhidmatan kami untuk anda.

Sekian,

Jumpa lagi. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment